Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

#WORLD QURANHOUR’: BANGSA BERBUDI & PENYAYANG SINARI KEMULIAAN RAMADAN

Selama dua tahun, program ini diadakan dalam suasana pandemic, pada tahun 2022 ini, bertemakan ‘Bangsa Berbudi & Penyayang’, program ‘1 Jam World #QuranHour’ diadakan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB). Program tersebut bermula pada jam 12.00 hingga 1 tengahari. Program tersebut berlangsung di Atrium Perpustakaan, PWB Kampus Gong Badak pada 24 April 2022.

     

Program selama sejam tersebut melibatkan warga PWB yang sama-sama membacakan surah As-Sajdah. Program ini turut dijayakan serentak di Kampus Perubatan dan Kampus Besut. Dalam pada  itu, program ini dijalankan di seluruh Malaysia.

 

    Pada tahun ini, program tersebut mengangkat surah As-Sajdah untuk dialunkan sesuai dengan tema pada kali ini 'Dunia Bersujud'. Surah tersebut dijadikan tema tahun ini kerana relevan dengan situasi kita selepas menghadapi pandemik COVID-19. Setelah dua tahun kita diuji dan kita perlu bersujud kepada Allah sebagai ikhtiar kita bangkit kembali,

Sesuai dengan bulan Ramadan al-Mubarak yang merupakan bulan turunnya kitab suci Al-Quran, maka program ini diadakan bagi menyeru semua umat Islam menjadikan kitab suci tersebut sebagai panduan hidup. Selain itu, mentadabur Al-Quran juga merupakan suatu tuntutan yang amat penting dilaksanakan dalam kalangan umat Islam supaya tidak lari dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.

 

24 APRIL 2022

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050028
Today: 255
Yesterday: 457
This Week: 3,386
Last Week: 3,106
This Month: 2,710
Last Month: 9,478
Total: 50,028