WARGA UNISZA AMBIL PELUANG MENDERMA DARAH DI MINGGU PERPUSTAKAAN UNISZA
Antara pengisian Minggu Perpustakaan 2017 ialah Program Derma Darah yang telah dijayakan dengan kerjasama pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Selain itu, para pengunjung juga mengambil kesemptan ini membuat pemeriksaan kesihatan yang turut dijayakan oleh Pusat Perubatan UniSZA. Program ini berlangsung pada 14 November 2017 bertempat di Atrium Perpustakaan UniSZA.
Sebanyak 102 pendaftaran telah diterima daripada seluruh warga UniSZA, namun yang layak menderma berjumlah 51 orang. Ramai yang tidak dapat menderma darah disebabkan oleh kadar hemoglobin yang rendah serta beberapa faktor lain.
Seawal jam 9 pagi lagi, para penderma yang terdiri daripada para mahasiswa dan staf UniSZA mula datang untuk mendaftar sebagai penderma dan seramai 15 orang staf HSNZ juga turut menjayakan program ini.
Sebagai penghargaan atas sumbangan yang dihulurkan, penderma juga turut diberikan sijil penghargaan oleh pihak HSNZ. Usaha ini dibuat bagi membantu pihak HSNZ untuk menampung keperluan darah semakin meningkat setiap hari. Program berakhir jam 3 petang.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA