Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

UNISZA -YIT-JHEAT KUKUH KERJASAMA DENGAN MOU

Perpustakaan UniSZA dan Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UniSZA mengukuhkan kerjasama dengan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dengan mengadakan Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Program Perkongsian Pintar UniSZA Bersama Masyarakat pada 6 November 2017 lalu. Majlis berlangsung di Perpustakaan UniSZA.

Program ini diadakan sebagai menyahut usaha kerajaan dan pengurusan UniSZA ke arah transformasi dan perkongsian pintar, selain mempromosikan UniSZA kepada masyarakat setempat. Program ini juga dilihat sebagai menyahut kelangsungan idea daripada Menteri Pendidikan Tinggi II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh yang menyarankan program komuniti perlu dilaksanakan antara universiti dengan masyarakat setempat. Ini dapat memberi peluang kepada universiti melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan perhatian seperti pelajar sekolah di samping dapat memberi kesedaran kepada kakitangan tentang pentingnya pergaulan luar dan khidmat bakti untuk komuniti setempat sebagai nilai tambah dalam pembangunan modal insan. Selain itu, program sebegini dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara universiti dengan komuniti luar.

Sebelum ini, Perpustakaan UniSZA telah melancarkan Projek Pengorganisasian Bahan dan Pengautomasian Pusat Sumber (PPS). Ia adalah projek utama di bawah Program Transformasi Ilmu (IQRA’). Program ini berperanan untuk menaik taraf PPS dari bentuk tradisional kepada PPS berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) demi mencapai kecemerlangan di sekolah. Satu sistem dikenali sebagai Automasi Pengurusan Pusat Sumber (APPS) telah dibangunkan oleh Perpustakaan UniSZA dengan menggunakan perisian Microsoft Access. Sistem ini sangat ringkas dan tidak memerlukan capaian internet serta dipasang di pusat sumber sekolah terpilih secara percuma. Dengan kolaborasi keserakanan dan kesepunyaan antara Perpustakaan dan PTM, Sistem APPS telah dinaik taraf menggunakan aplikasi atas talian atau web based pada tahun 2016. Khidmat nasihat berterusan diberikan mengikut keperluan.

Projek ini telah dijalankan di empat buah sekolah yang dipilih di daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu sebagai projek perintis bermula pada Jun 2012. Pada tahun 2014, projek ini diperluaskan ke tiga buah sekolah di daerah Besut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat dan Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih. Selain itu, Perpustakaan UniSZA telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada BTPNT dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut. Sistem APPS ini juga telah mendapat anugerah Penghargaan Khas daripada BTPNT pada 2013 dan Anugerah Organisasi pada 2015 dan 2016. Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir yang mengaplikasikan sistem APPS ini telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah (PSS) peringkat Kebangsaan tahun 2016.

Bagi tahun 2017, pihak perpustakaan bercadang memanjangkan Program Khidmat Masyarakat ini kepada 11 institusi terdiri daripada masjid, sekolah dan yayasan. Oleh itu, MOU dirancang diadakan dengan dengan tiga buah institusi iaitu JHEAT untuk masjid-masjid dan YIT bagi institusi dibawahnya.

Dalam pada itu, pelancaran sistem APPS versi Android juga turut dilancarkan. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah binti Mohamad.

Turut hadir pada majlis tersebut, Dato’ Dr. Haji Alias bin Abdullah iaitu Pengarah YIT, Tuan Haji Mat Zaid bin Ibrahim (Penolong Pengarah YIT), Encik Mohd Azam bin Awi (Timbalan Pesuruhjaya, JHEAT), Tuan Haji Aizi Saidi Abdul Aziz (Imam Besar, JHEAT), Puan Hajah Rohani Othman (Ketua Pustakawan, Perpustakaan UniSZA) dan Prof. Dr. Nordin Abdul Rahman (Pengarah PTM).

  

  

  

  

  

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050184
Today: 17
Yesterday: 394
This Week: 17
Last Week: 3,525
This Month: 2,866
Last Month: 9,478
Total: 50,184