TKSU(P), KPT LUANG MASA KUNJUNGI PERPUSTAKAAN UNISZA KAMPUS BESUT
Perpustakaan UniSZA Kampus Besut telah menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) TKSU(P), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)iaitu Yang Berbahagia, Dato’ Kamel bin Mohamad pada 18 Disember 2016. Beliau yang diiringi bersama Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Pegawai Khas Menteri Pendidikan Tinggi hadir bagi melihat serta meninjau kemudahan di perpustakaan sedia ada yang sekarang beroperasi di bangunan Fakulti Informatik dan Komputeran sejak September 2013. Beliau turut dibawa melawat ke tapak cadangan pembinaan Perpustakaan UniSZA Kampus Besut yang terletak bersebelahan bangunan sementara perpustakaan.
Kunjungan Dato’ TKSU(P) menunjukkan keprihatinan pihak KPT dalam pembangunan fasiliti pembelajaran kepada warga UniSZA selain menyediakan keperluan asas yang mantap bagi sesebuah universiti. Beliau juga dilihat sempat meluangkan masa bersama para pelajar bagi meninjau suasana pembelajaran di UniSZA Kampus Besut. Semoga kunjungan ini dapat membantu mempercepatkan lagi pembinaan bangunan perpustakaan yang dijangka bermula pada awal tahun 2017.
TKSU(P) melawat perpustakaan
TKSU(P) melawat tapak cadangan pembinaan Perpustakaan UniSZA Kampus Besut
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA