Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Selamat Datang Tahun Baharu, 2026

Hari pertama di tahun baharu, warga PWB memulakan hari dengan amanat oleh Ketua Pustakawan, Puan Norulhuda Makhtar dalam sesi Perhimpunan Pagi Siri1/2026.

Beliau telah mengucapkan terima kasih atas usaha dan segala curahan komitmen warga PWB sepanjang tahun 2025.

“Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, sangat bermakna untuk Perpustakaan kita.” Tambah beliau lagi.

Untuk itu, beliau turut mengharapkan agar seluruh warga PWB dapat terus bergerak ke depan bersama-sama dan mengekalkan semangat togetherness, saling percaya (trust), setia dengan tanggungjawab (loyalty), serta bekerja dengan integriti dan empati dalam setiap urusan. Dalam masa yang sama beliau turut menasihati semua agar tidak takut untuk mencuba perkara baharu dan berinovasi agar Perpustakaan terus relevan dan memberi impak.

Bagi mewujudkan suasana yang harmoni, Ketua Pustakawan turut mengingatkan semua staf supaya sama-sama menjaga komunikasi, emosi dan saling hormat-menghormati agar tempat kerja ini kekal selesa dan positif untuk semua. Jika ada cabaran, kita hadapi bersama kerana kita satu pasukan.

Pada sesi Perhimpunan Pagi kali ini juga, Pengerusi Kumpulan Pelaksana yang baharu, Puan Kamariah Zaki telah diberi kesempatan untuk memberi ucapan. Beliau mengharapkan agar semua warga PWB dapat memberi kerjasama dalam menzahirkan apa jua program yang bakal dilaksanakan nanti.

Semoga PWB terus berkembang mekar dan 2026 membawa keberkatan untuk seluruh warganya.

 

1 JANUARI 2026

PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH,UniSZA

 

Contact Us

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-819 7761 (Kaunter)
  09-819 7801 (Pejabat)
  library@unisza.edu.my
logo3d left
 
QR_LIBRARY.png

Location

Follow Us

Visitors

136616
Today: 278
Yesterday: 425
This Week: 278
Last Week: 2,629
This Month: 2,907
Last Month: 8,781
Total: 136,616