SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD LAWAT PERPUSTAKAAN UNISZA
Perpustakaan UniSZA menerima lawatan daripada warga Sekolah Menengah Ahmad yang terdiri daripada 36 orang pelajar dan empat orang guru pagi tadi. Rombongan tersebut tiba pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan UniSZA. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui tentang pengurusan perpustakaan selain dapat mendedahkan para pelajar dan guru mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UniSZA. Rombongan ini telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA oleh staf Perpustakaan UniSZA, Puan Puspa A. Rashid dan Encik Abdul Azim Mukhzam serta seorang pelajar latihan industri, Cik Azwani Yacob. Ini dapat memberi pendedahan serta pengetahuan baru kepada warga sekolah terutamanya mengenai perpustakaan. Selain itu, mereka juga dapat melihat serta mendapat gambaran sebenar mengenai kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan. Turut mengiringi rombongan tersebut ialah wakil-wakil dari Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Syariah (PERISYA) UniSZA.
Dalam hal ini, Perpustakaan UniSZA sentiasa berusaha untuk menjadikan perpustakaan supaya sentiasa dekat di hati para warga sekolah terutamanya para pelajar. Ini juga dapat membantu mereka menambah ilmu yang bermanfaat selain daripada pembelajaran formal di sekolah. Sesi lawatan berakhir jam 12.30 tengahari.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR