Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

PWB Terima Kunjungan Pro-Canselor UniSZA, Tinjau Koleksi Falsafah dan Warisan

KUALA NERUS, 7 Mei 2026 – Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), Kampus Gong Badak, telah menerima kunjungan hormat daripada Pro-Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Md. Nor.

Kunjungan beliau turut disertai oleh beberapa orang ahli Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) serta diiringi oleh Ketua Pustakawan PWB, Puan Norulhuda binti Makhtar, bersama dua orang Timbalan Ketua Pustakawan PWB, Encik Idris bin Jamailudin dan Encik Sabri bin Muda. Lawatan yang bersifat santai namun bermakna ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat koleksi karya falsafah yang terdapat PWB. Kehadiran beliau mencerminkan keprihatinan yang tinggi terhadap pembangunan budaya ilmu serta usaha pengukuhan sumber akademik di universiti.

Dalam sesi lawatan tersebut, Tan Sri Pro-Canselor menyarankan agar koleksi buku-buku falsafah terus diperkaya dan diperluaskan. Langkah ini dilihat selaras dengan aktiviti ilmiah yang giat dijalankan oleh Kelab Rakan Kebijaksanaan (KRK) bersama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE). Tan Sri Pro-Canselor juga merupakan Penaung kelab tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa pengukuhan koleksi ini mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan wacana intelektual yang lebih dinamik dalam kalangan warga universiti.

Selain meninjau koleksi falsafah, beliau turut meluangkan masa melawat Unit Arkib dan Galeri PWB bagi melihat simpanan manuskrip serta bahan warisan.

YBhg. Tan Sri Pro-Canselor juga berkongsi beberapa pandangan dan cadangan bagi memperkukuh usaha pemeliharaan serta memperluaskan akses terhadap koleksi manuskrip agar bahan-bahan tersebut dapat dimanfaatkan sebagai sumber rujukan ilmu kepada pengguna perpustakaan dan masyarakat umum.

Kunjungan ini diakhiri dengan komitmen PWB untuk terus komited dalam memartabatkan khazanah ilmu universiti demi kepentingan generasi akan datang.

DSC06468 DSC06569 DSC06854 

DSC06711  DSC06878  

 

 

13 MEI 2026

PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH,UniSZA

Contact Us

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-819 7761 (Kaunter)
  09-819 7801 (Pejabat)
  library@unisza.edu.my
logo3d left
 
QR_LIBRARY.png

Location

Follow Us

Visitors

136606
Today: 268
Yesterday: 425
This Week: 268
Last Week: 2,629
This Month: 2,897
Last Month: 8,781
Total: 136,606