Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PWB PERKASAKAN BANTUAN PENYELIDIKAN, KUKUHKAN HUBUNGAN DENGAN WARGA AKADEMIK UNISZA MELALUI PENYELIDIKAN

Begitulah antara petikan ucapan oleh Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Norulhuda Makhtar ketika berucap di program Latihan Pemerkasaan Penyelidik UniSZA Siri 2/2022 di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), UniSZA Kampus Gong Badak.

Beliau menambah, penyelidikan turut memainkan peranan penting bagi penyebaran dan pengembangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang akademik.

“Atas dasar inilah, PWB mengadakan program ini bagi memberi pendedahan atau kesedaran berkaitan pendaftaran dan mengemaskini identiti penyelidikan. Dalam hal ini, ID penyelidik amat penting kerana dapat membantu dalam meningkatkan visibiliti terutamanya dalam penarafan Universiti melalui webometrics dan meningkatkan keterlihatan para penulis serta penyelidik, seterusnya dapat meningkatkan lagi petikan dari hasil penulisan mereka. Aktiviti ini juga memudahkan rujukan oleh penyelidik lain terhadap hasil kajian.”, ujarnya.

Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan keterlihatan penyelidik bagi membolehkan pihak luar mengenali dan mengetahui kewujudan kepakaran yang ada di UniSZA. Melalui program ini juga, dapat membantu para penyelidik membina ruang kepakaran dan perkongsian yang ada di samping menyemarakkan kepelbagaian aktiviti perpustakaan dan penyelidikan kepada warga universiti.

Usaha ini membolehkan PWB mempromosikan perkhidmatan dan mengukuhkan hubungan dengan warga akademik melalui penyelidikan yang dijalankan.

Program sehari ini telah mengundang penceramah yang juga merupakan Pustakawan Kanan, Universiti Sains Malaysia, Encik Mohd Ikhwan Ismail. Beliau telah berkongsi ilmu mengenai Enhancing Research Visibility and Improving Citations dan Guide to Getting Published pada program tersebut.

Sesi perkongsian ilmu ini telah dihadiri oleh pustakawan, pensyarah dan penyelidik UniSZA.

      

      

                                                   

16 OGOS 2022

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050018
Today: 245
Yesterday: 457
This Week: 3,376
Last Week: 3,106
This Month: 2,700
Last Month: 9,478
Total: 50,018