PUSTAKAWAN UNISZA BERI SYARAHAN KEMAHIRAN LITERATUR SAINTIFIK KEPADA PELAJAR FAKULTI PERUBATAN BERKESAN
Pada tanggal 13 April 2015, seramai 30 orang pelajar tahun 3, program MBBS, Fakulti Perubatan telah menghadiri syarahan “UniSZA E-Resources & Literature Search”. Syarahan yang dianjur oleh Unit Perubatan Komuniti itu telah berlangsung di Makmal Komputer 3, Kampus Perubatan. Syarahan tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Sabri bin Muda, Pustakawan Kampus Perubatan.
Matlamat utama program tersebut adalah untuk membina kemahiran para pelajar perubatan mengakses pelbagai bahan daripada sumber elektronik yang dilanggan oleh Perpustakaan UniSZA mahupun melalui akses terbuka daripada internet secara berkesan, cekap dan berdikari. Program ini juga diharap akan dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencari literatur saintifik dan menghasilkan kajian komuniti serta graduan perubatan yang berkualiti.
Syarahan yang bermula jam 10:00 pagi dan berakhir jam 12:00 tengahari turut dihadiri oleh Ketua Unit Perubatan Komuniti iaitu Prof. Madya Dr. Aniza Abd Aziz serta Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff, Prof. Madya Dr. Rahmah Mohd Amin dan Prof. Madya Dr. San San Oo.
Berita PERPUSTAKAAN UniSZA
Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA