Pustakawan Kanan PWB dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah
Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian cemerlang Dr. Norhazura Yunus, Pustakawan Kanan PWB.
Hasil dedikasi dan kesungguhan beliau serta minat yang mendalam dalam bidang kepustakawanan, beliau telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh yang ditetapkan (Graduate on Time - GOT). Lebih membanggakan, beliau turut dikurniakan Anugerah Penyelidikan Cemerlang sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ke-104 yang berlangsung pada 7 Mei 2026 di Shah Alam.
Tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata remaja jelas tidak menjadi titik penghalang bagi beliau untuk melakar kecemerlangan akademik. Kejayaan ini turut didorong oleh sokongan padu daripada suami dan ibunda tercinta, yang menjadi tulang belakang sehingga terhasilnya pencapaian yang cukup bermakna ini.
Adalah diharapkan agar pencapaian gemilang ini menjadi pemangkin untuk beliau terus memperkukuh sumbangan dalam pembangunan kepustakawanan, pembudayaan penyelidikan ilmiah, serta pemerkasaan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti demi manfaat universiti dan masyarakat.
Syabas dan tahniah diucapkan atas pencapaian yang amat membanggakan ini!
07 MEI 2026
PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH,UniSZA


