Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Program Telaah Bersama Menteri KPT Sempena Semarak Kampus Madani

Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir telah meluangkan masa untuk menjadi panel jemputan program ‘Telaah’ yang berlangsung di Surau Thoriq, UniSZA Kampus Gong Badak pada 10 Ogos 2025.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada atur cara program Semarak Kampus Madani Terengganu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diadakan pada 9 hingga 10 Ogos 2025.

Dalam program selama sejam itu yang turut menampilkan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai moderator, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry berkongsi sebuah buku bertajuk ‘Empires of Ideas: Creating the Modern University from Germany to America to China’ terbitan Harvard University Press.

Pelbagai kupasan dan perbincangan dibuat mengenai karya tersebut. Buku yang dihasilkan oleh William C. Kirby menceritakan tentang peranan pendidikan tinggi dalam pembangunan dan kemajuan negara, bermula bagaimana Jepun memulakan kebangkitannya dengan Universiti Tokyo dan Universiti Kyoto, seterusnya penguasaan Amerika yang disokong oleh kebanyakan universiti selepas Perang Dunia Kedua, termasuk kebangkitan China menuju abad ke-21.

Program #Telaah telah dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025. Ia merupakan inisiatif untuk mempromosikan budaya membaca dan perbincangan ilmu melalui format audio siar. 

Selain itu, program ini bertujuan untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan berbudaya tinggi, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri. Seterusnya, program #Telaah akan diperluas dengan kerjasama KPT dan Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan mahasiswa, pensyarah, guru, dan pelajar sekolah.

 

       

 

 

 

Contact Us

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-819 7761 (Kaunter)
  09-819 7801 (Pejabat)
  library@unisza.edu.my
logo3d left
 
QR_LIBRARY.png

Location

Follow Us

Visitors

136612
Today: 274
Yesterday: 425
This Week: 274
Last Week: 2,629
This Month: 2,903
Last Month: 8,781
Total: 136,612