Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Program Sempena Hari Arkib Sedunia

Sempena Sambutan Hari Arkib Sedunia 2025, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Cawangan Negeri Terengganu telah menganjurkan sebuah program Bicara Santai, Dari Rak ke Rekod: Arkib vs Perpustakaan.

Sebanyak 10 buah sekolah dari daerah Kuala Nerus telah sama-sama menjayakan program ini yang berlangsung di Atrium PWB pada hari ini, 7 Julai 2025. Para peserta yang terlibat merupakan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Program Bicara Santai ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Arkib Sedunia 2025 serta memberi pendedahan mengenai fungsi dan kepentingan arkib kepada para pelajar sekolah umumnya serta Pengawas Pusat Sumber khususnya.

 

Selain bicara santai yang disampaikan oleh Puan Raabiatul Adawiyah binti Mat Tari, Pengarah Negeri, Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu, program ini turut diserikan dengan sesi kuiz dan cabutan bertuah.

 

Para pelajar turut mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan berkenaan penjilidan dan arkib melalui Pameran Mini yang dibawa khas oleh pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu.

       

                                     

 

7 Julai 2025 

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-819 7761 (Kaunter)
  09-819 7801 (Pejabat)
  library@unisza.edu.my
logo3d left
 
QR_LIBRARY.png

Location

Follow Us

Visitors

136611
Today: 273
Yesterday: 425
This Week: 273
Last Week: 2,629
This Month: 2,902
Last Month: 8,781
Total: 136,611