Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERPUSTAKAAN UNISZA SEMARAKKAN BULAN MUHARAM

SELASA, 1 OKTOBER 2019                         

                                              

Bulan Muharam merupakan bulan istimewa bagi masyarakat Islam di seluruh dunia. Sebagai bulan pertama tahun Hijrah, Muharam menjadi medan muhasabah diri selain meningkatkan amalan-amalan baik dan mulia pada tahun baharu. Selain berpuasa dan amalan sunat lain yang dilakukan, penyediaan 'Bubur Asyura' amat sinonim dengan kedatangan bulan Muharam ini.

                                              

Dalam kalendar Islam, 10 Muharam adalah Hari Asyura. Antara tradisi masyarakat Melayu turun temurun, apabila tiba tarikh ini adalah dengan menyambut jamuan Bubur Asyura. 'Bubur Asyura' atau dikenali sebagai 'Bubur Suro' adalah makanan yang dimasak dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharam terutamanya pada hari kesepuluh Muharam. 

                                               

                                              

                                              

Bagi warga Perpustakaan UniSZA juga tidak ketinggalan menyambut Hari Asyura ini dengan mengadakan Program Memasak Bubur Asyura pada 11 September 2019. Mereka bergotong-royong memasak bubur asyura ini seawal jam 8.30 pagi bagi penyediaan bahan-bahan memasak. Antara bahan-bahan yang digunakan bagi memasak juadah popular ini termasuklah beras, kacang, jagung, daging santan dan rempah-ratus khusus yang disediakan khas untuk bubur asyura.

Bubur asyura mempunyai pelbagai resepi mengikut negeri. Lain negeri, lain pula versi juadah ini. Apa sekalipun, program ini dapat menjalinkan ukhuwah yang lebih harmoni antara warga Perpustakaan UniSZA selain meraikan bulan Muharam.

                                                 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA    

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

042429
Today: 131
Yesterday: 286
This Week: 1,094
Last Week: 2,016
This Month: 4,589
Last Month: 7,961
Total: 42,429