Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Call us on

09-819 7922
 

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERTANDINGAN INOVASI PWB 2025 SEMARAKKAN BUDAYA KREATIVITI DI UniSZA

GONG BADAK, 25 November 2025 (Selasa) – Pertandingan Inovasi Peringkat Dalaman Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Program ini diadakan bagi memperkukuh budaya inovasi dalam kalangan warga perpustakaan dan menggalakkan idea baharu dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil rasmi Puan Rosnorzaini binti Rusli, Timbalan Ketua Pustakawan yang menyampaikan teks ucapan bagi pihak Ketua Pustakawan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa inovasi telah menjadi identiti PWB sejak pertandingan pertama dianjurkan pada tahun 2012 yang kemudiannya melahirkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) seperti UniQ, LUCERO dan i-CON PHILOLIB – semuanya pernah membawa nama UniSZA ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dua juri profesional telah dijemput iaitu Encik Ahmad Zafir bin Zamani dan Encik Mohd Hosni bin Rifin, Pereka Kanan dari Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT).

 

Pertandingan tahun ini mempertandingkan pelbagai sistem inovasi dalaman yang dibangunkan oleh staf PWB. Keputusan rasmi adalah seperti berikut:

 

🏆 Johan – KBE-BOOKGO (KBG)

Ahli Kumpulan:

Muhammad Baihaqi bin Fakri, Muhamad Baharin bin Gani, Nur Syahirah binti Mazlan, Yusuf Amin bin Ismail dan R. Noradilla Hayyana binti R. Khalid

 

🥈 Naib Johan – i-Ronda

Ahli Kumpulan:

Muhammad Khairi bin Che Zahari, Muhamad Fathuddin bin Anuar dan Mohd Nazli bin Embong

 

🥉 Tempat Ketiga – i-BOOKRoom

Ahli Kumpulan:

Mohamad Sufri bin Azmi, Ahmad Luqman Hakim bin Mohammad Jaafar, Muhammad Syahmi bin Ab Manaf, Nurulhuda binti Ali dan Fatin Safura binti Said

 

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Puan Norulhuda binti Makhtar, Ketua Pustakawan, diiringi oleh panel juri jemputan. Pertandingan kemudian diteruskan dengan sesi bergambar serta penghargaan kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

   

   

 

25 November 2025

PERPUSTAKAAN AL WATHIQU BILLAH, UniSZA 

 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-819 7922 
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

085973
Today: 371
Yesterday: 494
This Week: 1,428
Last Week: 2,260
This Month: 3,688
Last Month: 10,194
Total: 85,973