Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA TERIMA PELAWAT DARI UTARA TANAH AIR

Pada musim cuti sekolah yang sedang bermula ini, rata-rata pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengisinya dengan pelbagai aktiviti berfaedah untuk para pelajar khususnya.  Antara program yang dijalankan adalah lawatan sambil belajar ke universiti dan juga institusi pengajian tinggi tersohor di negara ini. Untuk itu, Perpustakaan UniSZA juga hari ini berbesar hati menerima kedatangan para pelajar dan guru dari dua buah sekolah di utara tanah air iaitu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petani, Kedah dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Pulau Pinang. Lawatan ini melibatkan seramai 34 orang pelajar dan 20 orang pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petani dan 34 orang pelajar bersama 6 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.

Lawatan sambil belajar ini merupakan suatu medium yang mampu memberikan suntikan semangat serta motivasi untuk mereka menjejakkan kaki ke universiti bagi menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan khusus serta membuka minda mereka mengenai perpustakaan dan juga mampu memberikan suatu pengalaman bermakna serta dimensi baru kepada mereka. Rombongan kedua-dua buah sekolah yang tiba pada jam 2.00 petang ini disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan.

Seterusnya, mereka diberikan sedikit taklimat mengenai Perpustakaan UniSZA di Dewan Auditorium Perpustakaan dan kemudiannya dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan. Ini merupakan salah satu pengisian mereka dalam program lawatan mereka ke UniSZA. Sesi lawatan berakhir jam 3.30 petang

 

 

 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050551
Today: 384
Yesterday: 394
This Week: 384
Last Week: 3,525
This Month: 3,233
Last Month: 9,478
Total: 50,551