Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA TERIMA ANUGERAH KHAS PENGHARGAAN ORGANISASI

Perpustakaan UniSZA menerima pengiktirafan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Penghargaan Organisasi sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016. Penganugerahan ini bagi menghargai serta mengiktiraf pelbagai usaha serta kerjasama yang telah dijalankan bersama-sama dengan BTPNT, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta sekolah-sekolah yang terlibat dalam menjayakan pelbagai program sepanjang tahun 2016. Majlis berlangsung di Dewan Besar, BTPNT Terengganu, pada 23 Januari 2016.

Perpustakaan UniSZA berasa bertanggungjawab untuk turut sama dalam membantu pembangunan pendidikan para pelajar. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan yang turut membabitkan kerjasama BTPNT, JPNT dan pihak sekolah bagi menjayakan peranan tersebut.

Program Bicara Antara Benua, misalnya, merupakan sebuah program khidmat komuniti perpustakaan kepada masyarakat yang dianjurkan dengan penglibatan pihak sekolah khususnya para pelajar dan guru berkolaborasi bersama warga universiti. Program bual bicara ini adalah sebagai medium perbincangan serta perkongsian idea antara warga sekolah dan universiti di mana ahli panelnya juga bukan sahaja terdiri daripada para pelajar dan guru, malahan turut melibatkan para mahasiswa dan pensyarah antarabangsa UniSZA. Selain itu, objektif program ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran serta keyakinan diri para pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, selain memberi motivasi kepada mereka serta berkongsi budaya yang berbeza.

Selain itu, Perpustakaan UniSZA juga turut menyalurkan idea dan kepakaran dalam membantu menaik taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan pembangunan aplikasi sistem pengurusan pusat sumber sekolah. Antara sekolah yang terlibat dalam projek ini ialah Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir (STARS).

Anugerah disampaikan kepada Puan Faridah Muda, Timbalan Ketua Pustakawan UniSZA oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat, Haji A. Latif Awang yang turut merasmikan majlis tersebut.

Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin dan Ketua Penolong Pengarah, BTPNT, Haji Alias Talib.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050022
Today: 249
Yesterday: 457
This Week: 3,380
Last Week: 3,106
This Month: 2,704
Last Month: 9,478
Total: 50,022