Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA RAI PELAJAR UITM TAMAT LATIHAN INDUSTRI

Perpustakaan UniSZA meraikan dua mahasiswi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu Siti Aisyatun Naimah binti Nordin dan Noor Radiah Majidah Razali pada 28 Jun 2018 lalu yang selesai menjalani latihan industri dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perpustakaan. Mereka merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan), dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Sepanjang latihan industri yang dijalankan, mereka telah mengikuti serta mempelajari pelbagai aspek dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di setiap bahagian Perpustakaan UniSZA selain turut didedahkan dengan pelbagai ilmu serta kemahiran berkaitan oleh para staf Perpustakaan UniSZA. Ini adalah sebagai langkah dan persiapan bagi mereka menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

                              

Majlis tersebut dihadiri oleh para pustakawan serta Ketua Bahagian Pnegurusan Pembangunan Perpustakaan, Puan Norulhuda binti Makhtar dan Ketua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Puan Rosnorzaini binti Rusli. Diharapkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya dan semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di luar sana. 

                              

                                                                           

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 28 JUN 2018

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050051
Today: 278
Yesterday: 457
This Week: 3,409
Last Week: 3,106
This Month: 2,733
Last Month: 9,478
Total: 50,051