PERPUSTAKAAN UNISZA RAI PELAJAR TAMAT LATIHAN INDUSTRI
Perpustakaan UniSZA meraikan empat pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana iaitu Mohd Fitri Badruesham, Mohd Shazwan Sarif, Hanis Zawani Mobidin dan Tengku Nur Putri Khairunisa Tengku Zainul Muluk pada 29 Disember 2016 lalu yang selesai menjalani latihan industri dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perpustakaan. Mereka merupakan pelajar tahun akhir dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Sepanjang latihan industri yang dijalankan, mereka telah mengikuti serta mempelajari pelbagai aspek dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di setiap bahagian Perpustakaan UniSZA selain turut didedahkan dengan pelbagai ilmu serta kemahiran berkaitan oleh staf Perpustakaan UniSZA.
Majlis tersebut dihadiri oleh para pustakawan serta Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman. Diharapkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA