PERPUSTAKAAN UNISZA RAI EMPAT PELAJAR TAMAT LATIHAN INDUSTRI
Perpustakaan UniSZA meraikan empat pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana iaitu Nurul Najwa Mohd Yosof, Nur Syahirah Mazlan, Siti Nur Aisyah Abdul Rahaman dan Siti Hajar Rosdi pada 31 Disember 2018 lalu yang selesai menjalani latihan industri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan. Mereka merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat, dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Sepanjang latihan industri yang dijalankan, mereka telah mengikuti serta mempelajari pelbagai aspek dalam melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di setiap bahagian Perpustakaan UniSZA selain turut didedahkan dengan pelbagai ilmu serta kemahiran berkaitan oleh para staf Perpustakaan UniSZA. Ini adalah sebagai langkah dan persiapan bagi menghadapi alam pekerjaan.
Majlis tersebut dihadiri oleh para pustakawan serta Ketua Pustakawan UniSZA (menjalankan tugas), Puan Norulhuda Makhtar. Diharapkan segala ilmu serta pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya dan semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di luar sana.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA