Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA MENJADI ‘PERKAMPUNGAN’ AUDIT KESEDIAAN AUTONOMI UNISZA 2015

Perpustakaan UniSZA menjadi tumpuan sempena Lawatan Audit Kesediaan Autonomi 2015 kerana menjadi ‘perkampungan’ utama bagi lawatan tersebut yang bermula pada 10 hingga 12 Ogos 2015. Seramai 16 wakil auditor daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) termasuk seorang wakil kementerian yang hadir bagi menjalankan sesi pengauditan. Bagi tujuan Audit Kesediaan Autonomi ini, UniSZA akan dinilai melalui empat komponen utama iaitu Governan Institusi (IG), Kewangan (F), Sumber Manusia (HR) dan juga Governan Akademik (AG).

Secara umumnya, autonomi merupakan penurunan kuasa daripada agensi pusat dan pihak kementerian kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam menentukan sesuatu keputusan dengan matlamat membolehkan Universiti Awam (UA) bergerak secara berkesan demi mencapai agenda kecemerlangan. UniSZA juga kini sedang bertungkus-lumus dan berusaha gigih menuju ke arah itu.  

Objektif utama audit autonomi ini adalah untuk meneruskan langkah kerajaan bagi memberikan autonomi secara berperingkat kepada universiti supaya dapat memperbaiki prestasi berdasarkan pada syarat mengimbangi autonomi dan akauntabiliti. Selain itu, ia juga adalah untuk menjadikan UA lebih berdaya saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusan tadbir urus, pelaksanaan agenda autonomi menjadi fokus utama Kementerian Pengajian Tinggi dalam meningkatkan kompetensi siswazah dan kebolehpasaran modal insan negara.

Selain itu, audit ini dilihat dapat memberi input penambahbaikan kepada setiap aspek pengurusan universiti di samping tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan taraf universiti berautonomi.

Semoga segala usaha, penat lelah dan masa yang dilaburkan akan memberi ‘pulangan’ yang memberangsangkan untuk UniSZA. Dalam hal ini, Perpustakaan UniSZA juga sangat menyokong dan komited dengan apa jua usaha yang dilakukan bagi tujuan ini. Didoakan agar kejayaan akan sentiasa seiring bersama UniSZA.

                               

                               

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050456
Today: 289
Yesterday: 394
This Week: 289
Last Week: 3,525
This Month: 3,138
Last Month: 9,478
Total: 50,456