PERPUSTAKAAN UNISZA KEKALKAN MOMENTUM PENSIJILAN ISO 9001:2015 TANPA NCR
Hasil daripada kesepaduan, komitmen dan kerjasama yang utuh, Perpustakaan UniSZA mengekalkan pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketidakpatuhan (NCR) setelah melalui proses audit pemantauan pada 30-31 Januari 2019 yang lalu. Pengumuman daripada SIRIM QAS International itu dibuat oleh Puan Asiyah Haron selaku Ketua Juruaudit pada sesi penutup audit tersebut, 31 Januari 2019.
Proses pengauditan pada kali ini berlangsung selama dua hari di dua kampus iaitu Kampus Gong Badak dan Kampus Perubatan yang melibatkan pelbagai proses kerja. Audit pemantauan ini dikendalikan oleh dua orang Juruaudit bertauliah dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Puan Asiyah Haron dan Puan Maznah Mat Isa.
Perpustakaan UniSZA mengekalkan momentum pada audit pemantauan setelah memperolehi pensijilan ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketidakpatuhan (NCR) dan seterusnya memperlihatkan Sistem Pengurusan Kualiti yang baik dan teratur.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA