Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PENOLONG KETUA PUSTAKAWAN DINOBAT ANTARA PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN KHAS UNISZA

Benarlah kata pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ini telah dibuktikan dengan hasil daripada inovasi dua sistem yang diwujudkan, iaitu Sistem Al-Luqotoh dan Sistem Pengurusan Pusat Sumber, Puan Rosnorzaini Rusli, Penolong Ketua Pustakawan UniSZA mencipta sejarah dinobat sebagai antara penerima Anugerah Kecemerlangan Khas di Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlangan Staf Serta Jamuan Sempena Hari Raya Aildilfitri UniSZA 2018 pada 18 Julai 2018 lalu.

Pengiktirafan yang diterima ini merupakan suatu kejayaan bermakna kepada beliau dan juga Perpustakaan UniSZA. Pencapaian ini juga merupakan suatu penghargaan kerana kedua-dua inovasi tersebut turut menerima pelbagai anugerah di seluruh Malaysia khususnya dalam projek inovasi dan kreatif.

  

Misalnya, projek Sistem Al-Luqotoh telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang penyertaan dalam pelbagai pertandingan. Antaranya, inovasi ini telah berjaya meraih anugerah ‘Gold Medal’ bagi kategori Organisasi dan ‘Diamond Award - Overall’ bagi kategori Invention Division di pertandingan International Innovation & Design in Library & Information Science (InDeLib 2017).

Menurut Puan Rosnorzaini, kejayaan beliau ini bukanlah untuk beliau seorang, tetapi juga semua warga Perpustakaan UniSZA.

“Saya bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada saya pada hari ini. Namun, kejayaan ini bukan merupakan kejayaan peribadi saya kerana ramai yang turut menyumbang masa dan tenaga dalam menghasilkan inovasi untuk perpustakaan. Saya hanyalah wakil yang hadir bagi mereka yang turut sama bekerja keras sehingga diiktiraf untuk anugerah ini. Kejayaan ini juga untuk seluruh warga Perpustakaan UniSZA dan penghormatan kepada kerjaya pustakawan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan mendedikasikan kejayaan ini kepada 'penyokong kuat’ serta ‘tulang belakang’ usaha kami sepanjang melaksanakan projek inovasi ini, iaitu Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman kerana sentiasa memberi semangat serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami,”.

Kejayaan ini telah membuktikan bahawa pustakawan juga mampu terkehadapan dalam apa jua perkara sekalipun sekiranya diberi peluang. Karier pustakawan juga bukan hanya sekadar dalam perpustakaan semata-mata tetapi juga boleh menyumbang dalam pelbagai aspek lain dengan idea dan usaha yang berterusan. Pelbagai perkara atau inisiatif boleh dilaksanakan sekiranya kita mengambilnya sebagai suatu peluang untuk bertindak dan merealisasikan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. Sepertimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain”.

Kejayaan Puan Rosnorzaini bolehlah dianggap sebagai suatu penghormatan kepada warga Perpustakaan UniSZA khususnya juga kepada para pustakawan. Ini juga memberi gambaran kepada kita supaya sentiasa kreatif dalam apa jua yang dilakukan dan sentiasa inovatif dalam kerjaya di bidang kepustakawanan.

Anugerah telah disampaikan oleh Pro-Canselor UniSZATan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Noor pada majlis yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA. Penerima lain bagi anugerah tersebut ialah Prof. Dr. Che Abdullah Abu Bakar dan Encik Roslan Arshad dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan bagi produk mereka, ‘Nasi Dagang T-Kitchen’.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 18 JULAI 2018

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050036
Today: 263
Yesterday: 457
This Week: 3,394
Last Week: 3,106
This Month: 2,718
Last Month: 9,478
Total: 50,036