PELBAGAI JUADAH TERSEDIA SAMBUT TETAMU DI MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI PERPUSTAKAAN UNISZA 1439 HIJRAH
Kemeriahan Syawal masih lagi diraikan, tidak ketinggalan juga warga Perpustakaan UniSZA yang turut sama menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 3 Julai 2018 lalu. Pelbagai juadah tersedia menyambut para tetamu datang berkunjung ke majlis tersebut.
Walaupun sambutan diadakan secara sederhana dan ringkas, suasananya tetap meriah dengan pelbagai hidangan tradisi istimewa antaranya laksa, nasi dagang, nasi minyak dan beraneka kuih-muih hasil kerjasama oleh seluruh warga Perpustakaan yang bertungkus-lumus membuat persiapan majlis.
Majlis bermula seawal jam 10.00 pagi di D’Lib Skypark, Aras 2 yang lebih santai dan berkonsep terbuka. Turut bersama-sama dalam majlis ini adalah sebahagian daripada para pelajar dan staf dari PTj lain yang berkunjung ke perpustakaan pada hari tersebut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan berurusan dengan Perpustakaan UniSZA.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 03 JULAI 2018