Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

NEW DELHI GAMIT KETIBAAN WAKIL PERPUSTAKAAN UNISZA

New Delhi adalah sebuah ibu kota India yang juga merupakan pusat Kerajaan Wilayah Ibu Negara Delhi. Pada tahun ini, New Delhi menjadi bandar tumpuan utama seluruh warga perpustakaan di dunia apabila berlangsungnya  Pesta Buku Antarabangsa pada 14 hingga 22 Februari 2015 yang lalu.  Sempena Pesta Buku Antarabangsa tersebut, Perpustakaan UniSZA telah diberi peluang oleh Pengurusan UniSZA untuk menghantar dua orang peserta, Puan Rohani Othman iaitu Ketua Pustakawan, Perpustakaan UniSZA dan juga Pustakawan iaitu Cik Marlina Jaafar bagi menyertai lawatan serta pemilihan buku di sana. Selain daripada membuat pemilihan bahan bacaan dan multimedia yang bersesuaian, lawatan ini juga dapat menjalin hubungan dengan institusi-institusi yang lain dan membina hubungan dengan wakil-wakil penerbit dan pempamer buku. Turut sama menyertai lawatan ini ialah Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusof dari Fakulti Perubatan.

   

Taklimat dan sesi soal jawab bersama Pengurusan Penerbit Jaypee Brothers Medical        Pemilihan bahan di Gudang Penerbit Paras

Dalam rangka lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat ke Pesta Buku Delhi bertempat di Pragati Maidan, Penerbit Jaypee Brothers Medical (Ansari Road, Daryaganj), Pembekal Panworld Books dan Penerbit Paras (Daryaganj) dan All India Institute of Medical Sciences (Gautam Nagar, Ansari Nagar East). Pesta Buku Antarabangsa New Delhi 2015 ini yang bertemakan “Suryodaya: Emerging Voices from Northeast India” ini telah menarik penglibatan seramai 1025 pempamer seluruh dunia termasuk penerbit di India.

  

              Hadapan Dewan Utama Pesta Buku Antarabangsa Delhi                    Suasana dalam salah satu dewan di Pesta Buku Antarabangsa Delhi

Antara program lain yang turut diadakan sepanjang Pesta Buku ini adalah perbincangan panel mengenai pelbagai aspek tulisan, filem dan sejarah rantau ini dan juga persembahan. Lawatan ini juga mampu memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada para peserta serta membantu mempertingkatkan perolehan bahan yang lebih relevan dengan kehendak pembelajaran dan pengajaran Universiti.

 

        Koleksi buku umum di Perpustakaan AIIMS                                                 Bersama Ketua Pustakawan Perpustakaan AIIMS

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050040
Today: 267
Yesterday: 457
This Week: 3,398
Last Week: 3,106
This Month: 2,722
Last Month: 9,478
Total: 50,040