Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Naib Canselor UniSZA Sokong Perpustakaan Perlu Seiring Perubahan Teknologi

Perpustakaan merupakan khazanah pengumpulan pelbagai bahan rujukan sesebuah organisasi dan negara. Perpustakaan perlu sentiasa kekal relevan agar khazanah yang disimpan itu dapat dipelihara sebaiknya bagi tujuan rujukan dan maklumat untuk generasi akan datang. Sehubungan itu, perubahan dalam perpustakaan adalah perlu memandangkan keperluan semasa yang menjadikan teknologi sebagai suatu medium penyebaran maklumat.

Kenyataan ini juga turut disokong dan disambut baik oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam ketika beliau hadir berucap merasmikan program LibFest@PWB 2024 di Atrium, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), UniSZA, Kampus Gong Badak. Majlis berlangsung pada 15 Oktober 2024.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan perpustakaan adalah penyumbang terbesar kepada World Ranking. Oleh itu, peranan perpustakaan dalam sesebuah institusi pengajian adalah sangat besar dan mampu memberi impak kepada institusi tersebut.

“Perpustakaan memainkan peranan utama dalam World Ranking sesebuah universiti. Perpustakaan juga tidak dapat lari daripada perubahan semasa yang sangat berkait dengan teknologi. Pembudayaan ilmu pengetahuan melalui teknologi akan menjadi lebih cepat dan penyebaran ilmu juga akan menjadi lebih pantas kesan daripada penggunaan teknologi.”

“Oleh itu, UniSZA menyediakan peruntukan yang besar untuk perpustakaan bagi penambahbaikan infrastruktur dan infostruktur. Selain itu, peruntukan tambahan untuk pembangunan galeri digital turut disediakan bagi memanfaatkan projek-projek penting yang dijalankan dengan kolaborasi agensi-agensi luar,” ujarnya.

Beliau turut menambah, fungsi perpustakaan kini adalah sepertimana peranan yang dimainkan perpustakaan pada zaman para sahabat yang menjadi tempat pengumpulan ayat-ayat al-Quran serta segala ajaran daripada Rasulullah SAW. Kemudian, ia menjadi tempat tumpuan para ilmuan untuk membuat rujukan serta meneroka pelbagai bidang ilmu.

Pada majlis tersebut, beliau melancarkan ‘Transformasi Digital PWB dan ‘Slogan Rasmi PWB’. Kemudian, beliau turut menyampaikan Anugerah Peminjam Terbanyak Kategori Pelajar.

Usai sesi bergambar, beliau sempat meluangkan masa untuk melawat ke gerai-gerai jualan, Program Derma Darah bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), pameran ‘Dari Papirus ke Pixel: Transformasi Perpustakaan Sepanjang Abad’ dan juga gerai Penerbit UniSZA.

Program tahunan PWB yang diadakan pada 15 hingga 17 Oktober 2024 ini juga melibatkan penyertaan daripada sekolah-sekolah menengah di Kuala Terengganu, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia serta kolaborasi bersama Pejabat Kolej Kediaman Pelajar, UniSZA dan Pusat Antarabangsa, UniSZA.

 

   

 

 

4 September 2024

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

029221
Today: 59
Yesterday: 91
This Week: 1,198
Last Week: 1,725
This Month: 5,043
Last Month: 3,507
Total: 29,221