NAIB CANSELOR UNISZA LUANG MASA DI GALERI PERPUSTAKAAN UNISZA
Perpustakaan UniSZA mengalu-alukan kunjungan daripada Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim, yang tiba pada jam 12 tengahari, 11 Ogos lalu. Umum sememangnya maklum akan kesibukan beliau dengan pelbagai tugasan serta jadual kerja seharian yang begitu padat, namun itu tidak menghalang beliau untuk turun padang mengunjungi Perpustakaan UniSZA.
Dalam lawatan ke galeri tersebut, beliau meluangkan masa meninjau Galeri Perpustakaan selain turut melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA. Di samping itu, beliau berkesempatan beramah mesra dengan warga Perpustakaan UniSZA selain turut mengutarakan pandangan dan idea beliau dalam usaha untuk menambahbaik fasiliti serta perkhidmatan perpustakaan kepada para pengguna terutama kepada pelajar dan seluruh warga UniSZA.
Dalam lawatan ini, beliau diiringi bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman dan Timbalan Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Faridah Muda serta beberapa pegawai lain.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR