Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

MPP BERSAMA PERPUSTAKAAN UNISZA: MENYUSURI MAKLUMAT DI HUJUNG JAR

Para pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menguasai kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara efektif. Kemahiran ini sangat penting bukan sahaja di peringkat pengajian tinggi bahkan sangat diperlukan dan berguna apabila kita memasuki alam pekerjaan.

             

Dengan ledakan maklumat, para pelajar perlu lebih bijak dalam mengaplikasikan kepelbagaian sumber terutama sumber elektronik yang menjadi suatu medium penting dewasa ini, apatah lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Dalam merealisasikan tujuan tersebut, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA dengan kerjasama Perpustakaan UniSZA telah menganjurkan program MPP Bersama Perpustakaan UniSZA: Menyusuri Maklumat di Hujung Jari pada 16 Februari 2017.

Selain membina kemahiran dalam kalangan pelajar, program selama empat jam ini adalah untuk menonjolkan serta menguar-uarkan kepelbagaian fungsi sumber yang disediakan terutamanya sumber elektronik dalam mendapatkan bahan rujukan yang reliable.

Seramai 28 orang pelajar yang juga wakil MPP menyertai program ini yang diadakan di Makmal Tertutup Perpustakaan, Aras 2.

Sesi perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, UniSZA, Encik Mohd. Sabri Muda bersama fasilitator, Encik Syaiful Hisyam Saleh (Pustakawan UniSZA).

Encik Mohd Sabri turut berkongsi ilmu untuk mengakses maklumat melalui google. Selain itu, pelajar juga didedahkan mengenai asas kemahiran maklumat dan kemahiran mengakses sumber elektronik.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

030656
Today: 174
Yesterday: 264
This Week: 174
Last Week: 1,125
This Month: 777
Last Month: 5,701
Total: 30,656