MAJLIS ‘LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI’ RAIKAN WARGA PERPUSTAKAAN UNISZA
SNIN, 28 OKTOBER 2019
Perpustakaan UniSZA meraikan tiga orang staf yang bertukar pada tahun 2019 ini dengan mengadakan Majlis ‘Lambaian Kasih Sanjungan Budi’ yang berlangsung pada 22 September 2019 lalu.
Staf-staf yang diraikan ialah Puan Nurul Bazilah Wahab (Penolong Pendaftar) yang bertukar ke Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Puan Wan Nor Anida Wan Abdullah (Setiausaha Pejabat) bertukar ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)) dan Encik Syaiful Hisyam Saleh yang akan berhijrah ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seremban, Negeri Sembilan.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Ketua Pustakawan (Menjalankan Fungsi), Puan Norulhuda Makhtar dan seterusnya ucapan daripada staf-staf yang diraikan.
Majlis diadakan secara sederhana di Skypark, Aras 2, Perpustakaan UniSZA.
Seluruh warga Perpustakaan UniSZA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tiga orang staf yang diraikan atas komitmen kepada perpustakaan selama berkhidmat di UniSZA. Semoga Allah memberkati segala jasa yang telah diberikan.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA