LKPUU LAWAT PERPUSTAKAAN UNISZA
Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai 25 orang panel penilai bersempena dengan Penilaian Kali Kedua Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPUU) pada 14 April lalu. Rombongan dari pihak LKPUU ini tiba pada jam 5.30 petang dan telah disambut oleh Puan Rohani Othman, Ketua Pustakawan serta beberapa orang pustakawan dan staf perpustakaan. Turut mengiringi rombongan ini adalah Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd. Ghadas, Dekan, Fakulti Undang-undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa (FLAIR) serta beberapa orang pensyarah dan pelajar. Taklimat ringkas juga telah disampaikan oleh Cik Marlina Jaafar. Selepas itu, rombongan telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA. Sesi lawatan ini merupakan suatu lawatan penting dalam memastikan penilaian kali kedua ini dapat dijalankan dengan lancar dan menerima pengiktirafan yang baik dari pihak LKPUU. Pihak LKPUU telah meluangkan masa selama sejam untuk sesi lawatan ini yang berakhir kira-kira jam 6.30 petang.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR