KUNJUNGAN WARGA SMK ALAUDDIN KE PERPUSTAKAAN UNISZA
Pada 2 Jun 2015 lalu, Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan para pelajar dan guru dari utara tanah air. Hari ini, Perpustakaan UniSZA menerima tetamu dari selatan pula. Rombongan pada kali ini adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin, Gugusan Taib Andak, Kulai Jaya, Johor. Lawatan ini disertai oleh seramai 34 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring. Rombongan sekolah ini tiba pada jam 10.15 pagi dan disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan. Mereka juga diberikan taklimat ringkas mengenai Perpustakaan UniSZA.
Lawatan sambil belajar ini sedikit sebanyak mampu memberikan inspirasi kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di universiti. Selain itu, ia juga dapat memberikan suatu pengalaman bermakna serta memberi gambaran baru kepada mereka mengenai perpustakaan. Rombongan ini juga dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna. Diharapkan lawatan ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Perpustakaan UniSZA serta pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin. Sesi lawatan berakhir jam 11.30 pagi.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR