Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Hari Warga PWB Terapkan Konsep “Kebersamaan”

Hari Warga PWB 2025 telah menjadi acara tahunan yang menutup tirai aktiviti bagi tahun ini. Kali ini, warga PWB sepakat untuk memanfaat masa bersama dengan mengadakan pertandingan boling. Perlawanan yang berlangsung di Coral Croqn Bowl, PB Sentral, Kuala Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada 06 Disember 2025, Sabtu dengan penyertaan seramai 60 orang kakitangan PWB dari ketiga-tiga kampus.

Konsep “kebersamaan” yang ditelah diinspirasikan oleh Dato’ Naib Cancelor UniSZA telah berjaya diterapkan oleh kakitangan PWB sehinggakan Hari Warga PWB berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan staf untuk bersama-sama di dalam satu program walaupun ianya melibatkan hari minggu mereka. Tahniah buat Ahli Jawatankuasa Kumpulan Pelaksana yang dipengerusikan oleh Encik Wan Mohd Sairi bin Wan Malik sehinggakan Hari Warga PWB terlaksana dengan jayanya dan berjaya mencipta momen indah.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah oleh Puan Norulhuda Makhtar, Ketua Pustakawan PWB. Berikut adalah senarai pemenang:

Johan:

Kumpulan Din Tedung

  1. Mohamad Sufri Bin Azmi
  2. Zawari Bin Zainon
  3. Muhamad Fathuddin Bin Anuar
  4. Aishah Najiah Binti Che Darawi
  5. Nor Mazuni Binti Zakaria

Naib Johan:

Kumpulan Putih Melati

  1. Mohd Saiful Nizam Bin Musa
  2. Muhamad Baharin Bin Gani
  3. Muhammad Syahmi Bin Ab Manaf
  4. Nur Asyikin Binti Lut Ahmad
  5. Norhidayah Binti Razak
  6. Fatin Safura Binti Said

Tempat Ketiga:

Kumpulan Coklat

  1. Mursyidi Bin Mohamed
  2. Norhazura Binti Yunus
  3. Rosliza Binti Mohd Sharif
  4. Raja Noradilla Hayyana Binti Raja Khalid
  5. Erni Suriyani Binti Zolkepeli

Bagi menyemarakkan lagi pertandingan, dua anugerah turut diberikan iaitu Anugerah Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki dan Perempuan. Anugerah tersebut telah dimenangi oleh Encik Mohd  Saiful Nizam bin Musa dan Dr. Norhazura binti Yunus. Cabutan bertuah turut memeriahkan lagi program Hari Warga PWB kali ini. Lebih menarik, hadiah cabutan bertuah kali ini turut mendapat sumbangan daripada warga PWB sendiri.

Adalah diharapkan dengan berlangsungnya program sebegini, hubungan kekeluargaan kakitangan PWB sama ada di Kampus Perubatan, Kampus Besut dan Kampus Gong Badak sentiasa terjalin erat dan harmoni. “Kebersamaan” akan menjadikan PWB terus cemerlang sebagai sebuah pasukan. Kerana “kebersamaan” lah kita mampu untuk memacu keunggulan.

 

16 DISEMBER 2025

PERPUSTAKAAN AL WATHIQU BILLAH, UniSZA 

 

 

 

Contact Us

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-819 7761 (Kaunter)
  09-819 7801 (Pejabat)
  library@unisza.edu.my
logo3d left
 
QR_LIBRARY.png

Location

Follow Us

Visitors

136618
Today: 280
Yesterday: 425
This Week: 280
Last Week: 2,629
This Month: 2,909
Last Month: 8,781
Total: 136,618