Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

HARGAI WARISAN SENI KRAF MALAYSIA DI PERPUSTAKAAN UNISZA

Negara kita sememangnya kaya dengan khazanah seni yang tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Seharusnya, menjadi tanggungjawab kita untuk terus mempertahankan warisan seni ini supaya generasi akan datang dapat mengenali serta menyayangi tinggalan nenek moyang kita. Sebagai warganegara Malaysia, kita patut berbangga dengan seni kraftangan kita kerana ia merupakan lambang jati diri bangsa dan nilai seninya juga tiada tandingan. Justeru, Perpustakaan UniSZA mengambil pendekatan untuk mengadakan pameran Seni Kraftangan yang berlangsung bermula 11 Mei sehingga 13 Mei 2015. Pameran yang berlangsung di Atrium Perpustakaan UniSZA ini merupakan suatu peluang yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga UniSZA dalam usaha untuk mengenali serta memahami seni warisan kraftangan yang sangat bernilai ini. Pameran selama tiga hari ini mengetengahkan pelbagai maklumat daripada pelbagai jenis seni kraftangan. Antaranya tembikar, barangan tembaga, ukiran dan anyaman. Turut dipersembahkan juga pelbagai hasil produk kraftangan tempatan seperti produk tembaga, ukiran kayu, batik dan bekas-bekas anyaman yang amat menarik. Produk-produk ini juga turut dibuka untuk jualan dan boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan.

  

  

  

Pameran ini adalah cetusan usaha dua pelajar latihan industri iaitu Fatin Nasuha Zainal Abidin dan Azwani Yaacob yang turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Kraftangan Terengganu. Selain pameran dan jualan, aktiviti sampingan lain juga turut diadakan seperti ‘soal dan jawab’, ‘teka jumlah kertas’ dan ‘kotak beracun’. Seluruh warga UniSZA dijemput untuk sama-sama ke pameran ini.

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

034156
Today: 73
Yesterday: 287
This Week: 1,528
Last Week: 2,146
This Month: 4,277
Last Month: 5,701
Total: 34,156