Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

BENGKEL SISTEM APLIKASI PENGURUSAN PUSAT (APPS) DI PERPUSTAKAAN UNISZA TERIMA PENYERTAAN GURU, INSTITUSI LUAR

Program Bengkel Sistem Aplikasi Pengurusan Pusat Sumber (APPS) yang berlangsung pada 24 Mei 2017 mencatatkan penglibatan lebih 20 guru dan juga institusi luar.

Program yang dilaksanakan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Perpustakaan UniSZA diadakan di Makmal Komputer, Perpustakaan UniSZA.

Pengisian selama tiga jam secara hands-on ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai sistem APPS yang boleh diaplikasikan dalam menguruskan pelbagai bahan dan sumber maklumat di perpustakaan mahupun pusat sumber.

Selain itu, ia merupakan suatu tanggungjawab serta hasrat Perpustakaan UniSZA untuk sama-sama membantu dan berkongsi kepakaran yang ada dengan pelbagai institusi agar dapat dimanfaatkan bersama dengan sebaiknya.

Program ini telah menerima penyertaan daripada Yayasan Islam Terengganu, Institut Pengajian Islam (INSPI), Lembaga Pengurusan Masjid Abidin, guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dan Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang.

Bengkel telah dikendalikan oleh Pustakawan Kanan, Perpustakaan UniSZA, Puan Rosnorzaini Rusli. Selain bengkel, turut dimuatkan ialah sesi perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Pustakawan UniSZA, Encik Syaiful Hisyam Saleh. 

  

  

  

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

029624
Today: 85
Yesterday: 182
This Week: 267
Last Week: 1,334
This Month: 5,446
Last Month: 3,507
Total: 29,624