Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

BEAUTIFUL TERENGGANU: GANU SOHOR SEMARAKKAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2017

Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya, budaya dan tradisi, serta keunikan yang tersendiri. Sesuai dengan keunikan tersebut, Tahun Melawat Terengganu 2017 dilancarkan sebagai suatu usaha memperkenal serta mengetengahkan negeri Terengganu ini kepada masyarakat luar sebagai sebuah negeri yang cantik dan berbudaya. Bertemakan Beautiful Terengganu, pelbagai program telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam merancakkan Tahun Melawat Terengganu 2017.

             

Seiring dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017, pameran “Beautiful Terengganu: Ganu Sohor” yang dianjurkan oleh Perpustakaan UniSZA, dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu merupakan langkah proaktif dalam menyebarluas maklumat kepada pengguna di samping dapat mempromosikan budaya negeri Terengganu kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda.

Pameran yang memaparkan mengenai sejarah dan budaya negeri Terengganu, turut membawa masyarakat mengimbau kembali pelbagai budaya tradisional seperti makanan serta permainan  menjadi subjek utama yang ingin diketengahkan kepada para pelajar. Di pameran ini juga, pengunjung dapat melihat pelbagai jenis permainan yang ditonjolkan seperti ceper, kapal terbang, batu selambut dan gelang getah yang mungkin sudah hampir pupus di telan zaman.

Terdapat juga informasi mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke negeri Terengganu ini seperti Tasik Kenyir, Setiu Wetland, dan Taman Tamadun Islam.

            

Tahun Melawat Terengganu 2017 telah dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Haji Mohd Razif bin Abd. Rahman pada 31 Disember 2016 lalu.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

050040
Today: 267
Yesterday: 457
This Week: 3,398
Last Week: 3,106
This Month: 2,722
Last Month: 9,478
Total: 50,040