‘GEROBOK JARIAH’ UNISZA DAPAT PERHATIAN NGO
‘Gerobok Jariah’ telah mula mendapat perhatian daripada pihak luar apabila Pengerusi Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS), Puan Siti Nor Aishah Tan Sri SM Salim tampil menghulurkan sumbangan untuk program tersebut pada 30 November 2016.
Beliau yang diiringi bersama beberapa wakil Sekretariat Rakan Muda UniSZA, turut sama melawat Gerobok Jariah tersebut yang berada di bawah seliaan Perpustakaan UniSZA.
Gerobok Jariah ini merupakan suatu gerobok atau tempat khas yang disediakan bertujuan untuk meletakkan pelbagai makanan disumbangkan oleh seluruh warga UniSZA. Program sumbangan makanan ini dijalankan dalam usaha membantu para pelajar yang memerlukan dan terputus bekalan makanan.
Kedatangan Puan Siti Nor Aishah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Hajah Faridah Muda.
ASAS telah ditubuhkan pada 2013 dan merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Program seumpama ini juga antara usaha yang giat dijalankan oleh NGO terbabit yang dikenali sebagai program Untukmu Adik-Adik. Sumbangan ini akan berterusan setiap minggu bagi menyokong usaha UniSZA dalam membantu para pelajar.
BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA