Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Bahan-bahan perpustakaan dikumpulkan dalam beberapa koleksi berdasarkan ciri-ciri yang telah ditentukan. Penyusunan bahan-bahan dalam koleksi adalah berdasarkan skim pengelasan Library of Congress (LC). Bagi bahan-bahan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan skim pengelasan National Library of Medicine Classification Sheme (NLM) digunakan. Koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan dinyatakan dalam sistem di bawah tajuk Branch dan Location.

Kod Koleksi

a - Koleksi Arab
av - Koleksi Multimedia
jur - Koleksi Terbitan Bersiri
ktg - Koleksi Terengganu
law - Koleksi Undang-Undang
r - Koleksi Rujukan
sem - Koleksi Persidangan / Seminar
t - Koleksi Tesis
 

Kod Bahan

Pada beberapa jenis bahan terdapat kod akhiran (abjad) pada nombor panggilan. Kod-kod akhiran yang digunakan ialah (seperti Gambarajah 2 dan 3 di atas):

r        -    rujukan (Koleksi-Koleksi Arab, Multimedia, Undang-Undang dan Arkib)

d/(D)  -    bahan boleh dipinjam (Koleksi Undang-Undang)

a/(A)  -    akta dan perundangan (Koleksi Undang-Undang)

b/(B)  -    laporan undang-undang (Koleksi Undang-Undang)

Buku dan Ebook
Perpustakaan Al-Wathiqu Billah mempunyai lebih 1 juta judul, termasuk bahan fizikal dan buku elektronik. Dapatkan maklumat tentang bahan fizikal di NeuSEAL, katalog bahan dalam talian. Manakala untuk mengakses e-buku, sila layari portal perpustakaan.

Pangkalan Data Komersial
Pangkalan data komersial merujuk kepada pangkalan data yang dilanggan atau koleksi maklumat yang boleh diakses secara atas talian melalui internet. Pangkalan data ini menyediakan akses kepada pelbagai jenis maklumat seperti jurnal ilmiah, artikel, e-book, laporan, statistik, dan sumber maklumat lain yang relevan dengan pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Akses penuh di sini.

Jurnal
jurnal ilmiah dapat ditemui dalam dua jenis utama: bercetak (print) dan elektronik. Maklumat jurnal bercetak (terbitan bersiri) di sini dan akses penuh jurnal elektronik.

Koleksi Digital PWB
Koleksi digital merujuk kepada koleksi bahan atau maklumat yang disimpan dalam format digital. Ini termasuk pelbagai jenis bahan seperti teks, imej, bunyi, video atau gabungan kesemuanya. Koleksi digital boleh ditemui dalam pelbagai konteks, termasuk perpustakaan digital, arkib digital, galeri digital atau repositori digital. Berikut adalah beberapa koleksi digital PWB: eManuscript, Koleksi eTesisUniSZA repositories; UniSZA Institutional Repository, UniSZA Journal, Islamic Content & Resources, e-Bulletin, UniSZATimes Portal, Koleksi A.Samad Said, UniSZA Bulletin & UniSZA News, open access resources, dan banyak lagi.

Arkib & Koleksi Khas
Koleksi arkib & khas termasuklah koleksi penerbitan KUSZA-UniSZA, Koleksi Terengganu, Tesis bercetak, serta koleksi sejarah dan sastera. Koleksi ini boleh diakses di PWB Gong Badak, Aras 1 .
 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

415183
Today: 5
Yesterday: 228
This Week: 748
Last Week: 1,615
This Month: 1,704
Last Month: 5,217
Total: 415,183