Cetak

Kemudahan

 

Ruang Bacaan

  • Perpustakaan Kampus Gong Badak menyediakan tempat duduk di ruang bacaan di semua aras yang boleh memuatkan kira-kira 1000 orang pengguna pada satu-satu  masa.
  • Tempat duduk di Perpustakaan Kampus Perubatan hanya dapat menampung seramai 70 orang sahaja.
  • Manakala di Perpustakaan Kampus Tembila dapat menampung seramai 72 orang.

 

 

Auditorium

Perpustakaan mempunyai sebuah Auditorium untuk aktiviti perpustakaan dan universiti. Auditorium yang dilengkapi dengan peralatan tayangan bahan media ini boleh memuatkan 120 pengguna pada satu-satu masa. Permohonan untuk mengguna bilik ini boleh dilakukan dengan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UniSZA.

 

 

Perkhidmatan Fotokopi/Percetakan

Perkhidmatan fotokopi dan percetakan dikendalikan oleh UniSZA Holdings iaitu di Aras Bawah. Perkhidmatan percetakan komputer disediakan di makmal komputer perpustakaan di Aras 2. Perkhidmatan ini juga disediakan di Perpustakaan Kampus Kota.

 

 

Makmal dan Kemudahan Komputer

  •  Kampus Gong Badak

Kemudahan komputer akses terbuka di Aras 2. Sebanyak 56 buah komputer disediakan untuk kemudahan pengguna mengakses pangkalan data, bahan-bahan digital dan
melayari Internet. Kemudahan percetakan juga tersedia di makmal komputer ini.

Makmal komputer Tertutup di Aras 2. Sebanyak 55 buah komputer disediakan untuk program latihan pengajaran dan pembelajaran.

  • Kampus Perubatan

Makmal  komputer yang disediakan  di Perpustakaan Kampus Perubatan boleh menampung seramai 8 orang pengguna sahaja pada satu-satu masa.

Kawasan Internet Tanpa Wayar

Akses kepada Internet tanpa wayar (wireless) boleh dicapai semua ruang di dalam perpustakaan di kedua-dua kampus. Pengguna dinasihatkan mendaftar dengan Pusat Teknologi Maklumat untuk mendapatkan kata laluan.

 

 

Bilik Bacaan 24 Jam

Bilik Bacaan 24 jam hanya disediakan di Perpustakaan Kampus Perubatan sahaja. Akses kepada bilik ini ialah melalui pintu luar perpustakaan. Bilik ini dapat menampung seramai 10-12 orang pada satu-satu masa.

 

 

Mesin Selfcheck dan Bookdrop

  • Penggunaan selfcheck system yang membolehkan pengguna mengendalikan urusan pinjaman, pemulangan, pembaharuan pinjaman dan semakan status pinjaman secara layan diri.
  • Bookdrop berfungsi untuk proses penghantaran buku semasa perpustakaan ditutup secra layan diri.

 

 

Bilik Perbincangan

  • Pengguna perpustakaan yang berdaftar boleh mengguna 7 bilik perbincangan yang terdapat di perpustakaan .
  • Tempahan untuk penggunaan kemudahan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan.
  • Jumlah minima pengguna untuk penggunaan bilik ialah 6 orang, tempoh setiap kali penggunaan selama 2 jam.

 

Syarat-syarat Penggunaan

Tempahan

  Bilik Perbincangan
Kelayakan Penggunaan & Tempahan
  • Pelajar & Staf
  • Berkumpulan iaitu 4 - 10 pengguna
  • Tempahan secara individu tidak akan diterima
Tempoh Penggunaan 2 jam
Daftar Masuk Dalam tempoh 30 minit bermula sesi tempahan

Nota Penting

  • Sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan mesti mendaftar masuk dengan meletakkan kad pelajar/kakitangan di Kaunter Sirkulasi.
  • Untuk tempahan lanjutan, daftar masuk diperlukan bagi setiap sesi.
  • Tempahan akan dibatalkan jika mendaftar masuk tidak dilakukan oleh sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan dalam tempoh 30 minit pertama.
  • Kunci bilik hendaklah dipulangkan di Kaunter Sirkulasi dalam tempoh 5 minit selepas waktu tamat.
  • Makan/minum tidak dibenarkan.
  • Sila pastikan bunyi ke tahap yang munasabah
  • Jangan meninggalkan barang-barang berharga
  • Sila matikan lampu dan kunci pintu selepas menggunakan bilik perbincangan.
  • Sekiranya bilik perbincangan yang ditempah tidak mahu digunakan, sila batalkan.
  • Jangan tinggalkan buku atau bahan-bahan lain di bilik perbincangan.
  • Kerusi dan meja tidak boleh dialihkan dari kawasan bacaan atau ke kawasan lain.
  • Pengguna hendaklah membersihkan bilik di penghujung tempoh penggunaan, dan meninggalkan bilik dalam keadaan bersih dan kemas.

 

Karel

  • Perpustakaan menyediakan 9 bilik karel. Kemudahan ini disediakan untuk kegunaan pelajar kurang upaya, pelajar siswazah dan kakitangan akademik.
  • Kesemua pelajar kurang upaya di peruntukan satu karel sehingga tamat tempoh pengajian mereka.
  • Pelajar pasca ijazah dan kakitangan akademik mestilah membuat tempahan/pendaftaran di kaunter perkhidmatan untuk kegunaan harian bilik tersebut.
  • Tempoh maksima penggunaan untuk kedua-dua kategori pengguna ini adalah 1 hari (mengikut waktu perkhidmatan perpustakaan).

 

Syarat-syarat Penggunaan

Tempahan

  Bilik Karel
Kelayakan Penggunaan & Tempahan Pelajar Siswazah & Staf Akademik
Tempoh Penggunaan 1 hari
Daftar Masuk Dalam tempoh 1 jam bermula sesi tempahan

Nota Penting

  • Pengguna mesti mendaftar masuk dengan meletakkan kad pelajar/kakitangan di Kaunter Sirkulasi.
  • Untuk tempahan lanjutan, daftar masuk diperlukan bagi setiap sesi.
  • Tempahan akan dibatalkan jika mendaftar masuk tidak dilakukan dalam tempoh 1 jam pertama.
  • Kunci bilik hendaklah dipulangkan di Kaunter Sirkulasi dalam tempoh 5 minit selepas waktu tamat.
  • Makan/minum tidak dibenarkan.
  • Sila pastikan bunyi ke tahap yang munasabah
  • Jangan meninggalkan barang-barang berharga
  • Sila matikan lampu dan kunci pintu selepas menggunakan bilik karel.
  • Sekiranya bilik karel yang ditempah tidak mahu digunakan, sila batalkan.
  • Jangan tinggalkan buku atau bahan-bahan lain di bilik karel.
  • Kerusi dan meja tidak boleh dialihkan dari kawasan bacaan atau ke kawasan lain.
  • Pengguna hendaklah membersihkan bilik di penghujung tempoh penggunaan, dan meninggalkan bilik dalam keadaan bersih dan kemas.

Loker

  • Kemudahan loker disediakan untuk simpanan beg, fail dan lain-lain. Kesemua loker terletak di ruang legar pintu masuk utama perpustakaan. Terdapat 2 jenis loker disediakan.
    a. Loker tidak berkunci untuk simpanan beg, fail dan lain-lain.
    b. Loker berkunci untuk simpanan barang-barang berharga.
  • Pengguna boleh memohon kunci di kaunter perkhidmatan dan tinggalkan kad pelajar sebagai cagaran sekiranya kunci hilang.
  • Pengguna dikenakan denda sebanyak RM5 sekiranya kehilangan kunci.
  • Semua pengguna mestilah menyerahkan kunci loker sebelum perpustakaan ditutup.

Surau

Dua buah surau disediakan di aras bawah untuk muslim/muslimah menunaikan solat.

 

 

 

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions