Cetak

Pinjaman

 

Semua pengguna yang telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan layak meminjam bahan daripada Koleksi Am, Koleksi Arab, Koleksi Undang-Undang dan Koleksi Terhad mengikut kategori masing-masing. Pengguna juga boleh membuat rujukan di Koleksi Koleksi Jurnal dan Koleksi Media serta menggunakan kemudahan yang disediakan di Makmal Komputer. Pengguna diminta menunjukkan kad kampus kepada kakitangan bertugas, setiap kali mereka ingin meminjam bahan atau menggunakan kemudahan yang disediakan.

Denda Lewat

Buku yang lewat dipulangkan atau dihilangkan akan dikenakan denda seperti berikut:

Jenis Bahan Tempoh Jumlah
Koleksi Terbuka Lewat 1 hari RM0.20
Koleksi Pinjaman Terhad (Tanda Merah) Lewat 1 hari RM1.00

Denda tidak dikira pada hari cuti

Pengguna yang tidak menjelaskan denda mereka, dan denda telah sampai ke tahap maksima tidak akan dibenarkan,  membaharui atau meminjam buku seterusnya.

Had Maksima Denda

Had denda maksima yang dikenakan kepada pengguna perpustakaan sehingga sistem tidak membenarkan urusan pinjaman dan membaharui pinjaman adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Pengguna

Had Maksimum Denda untuk setiap Buku (RM)

Had Maksima Akaun Disekat (RM)

Had Maksima Denda Implikasi

1.

Pelajar Siswazah 3.00 5.00 50.00 Tidak dibenarkan membuat pinjaman
2. Pelajar Pascasiswazah 3.00 5.00 50.00
3. Pegawai Akademik 3.00 10.00 100.00
4. Pegawai Peng. &  Profesional 3.00 10.00 100.00
5. Pegawai Sokongan 3.00 5.00 50.00

Denda & Bayaran Hilang/Rosak

Denda / Bayaran kerana Kehilangan atau Kerosakan Bahan

Perkara Denda/Bayaran
Hilang/rosak

a.  Penggantian Bahan

Pengguna perlu menggantikan dengan bahan yang sama judul, pengarang, edisi@cetakan, siri/set atau yang terkini ATAU

b.  Bayaran Tunai

Membayar wang gantirugi SATU KALI GANDA dari harga asal yang telah direkodkan dalam sistem perpustakaan atau harga semasa beserta wang proses sebanyak RM10.00.

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions