Print

Gema ‘World #QuranHour’ sempena Ramadan di PWB

Bertemakan ‘Interaksi dengan Al-Quran: Baca, Faham, Amal’, program ‘1 Jam World #QuranHour’ diadakan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) pada jam 12.00 hingga 1 tengahari. Program tersebut berlangsung di Ruang Pembelajaran Kolaboratif, PWB Kampus Gong Badak pada 6 Mei 2021.

Program selama sejam tersebut dijayakan dengan penglibatan warga PWB yang sama-sama membacakan surah Al-Mulk sepanjang program berlangsung. Program ini turut dijayakan serentak di Kampus Perubatan dan Kampus Besut. Dalam pada  itu, program ini dijalankan serentak di seluruh Malaysia.

            World #QuranHour diadakan secara serentak di 2,700 lokasi dalam negara manakala 42 lokasi di luar negara. Pemilihan surah Al-Mulk untuk tahun keenam penganjuran World #QuranHour ini, disebabkan surah itu dibaca oleh umat Islam pada setiap malam. Selain itu, pemilihan surah Al-Mulk juga adalah kerana situasi pandemik Covid-19 menyebabkan keadaan masyarakat rapuh dengan masalah yang menimpa mereka.

            Sesuai dengan bulan Ramadan al-Mubarak yang merupakan bulan turunnya kitab suci Al-Quran, maka program ini diadakan bagi menyeru semua umat Islam menjadikan kitab suci tersebut sebagai panduan hidup. Selain itu, mentadabur Al-Quran juga merupakan suatu tuntutan yang amat penting dilaksanakan dalam kalangan umat Islam supaya tidak lari dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera di dunia dan akhirat.

Ini bertepatan dengan firman Allah yang dinyatakan dalam Al-Quran:

"Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran di mana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang petunjuk dan pembeza antara hak dan batil".

 

6 MEI 2021

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

                 CONTACT US
           
Open source productions