Cetak

Pustakawan, akademia mantapkan ilmu dan kemahiran dengan “Way Forward for higher Education 4IR Era”

Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dijangka akan mengubah cara kita hidup, bekerja dan berkomunikasi. Selain itu, mungkin juga mampu mengubah perkara atau nilai hidup dan cara kita pada masa akan datang. Perubahan ini sememangnya ketara memandangkan keperluan serta kehendak semasa manusia semakin berubah. Paling mudah, kita kini mampu membeli-belah melalui atas talian atau hanya dengan penggunaan internet tanpa perlu bersusah-payah ke pusat membeli-belah. Pada masa ini juga kita sudah dapat melihat perubahan model perniagaan dan trend dalam pekerjaan.

Perkongsian ilmu mengenai “Way Forward for higher Education 4IR Era” ini dilihat mampu memantapkan ilmu dan kemahiran profesional maklumat, khususnya pustakawan dan mereka yang terlibat dalam bidang ini. Sesi ini yang berlangsung selama dua jam di Bilik Mesyuarat Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak telah memberikan pelbagai percambahan idea serta input berguna kepada audien. Sesi ini disampaikan oleh Encik Bharuk Chawla pada 9 Januari 2019.

 

Dalam sesi ini, banyak menyentuh mengenai perkembangan dan revolusi perindustrian yang berlaku. Selain itu, penceramah turut membincangkan tentang peranan kita sebagai profesional maklumat yang berada dalam bidang ini perlu mahir serta cekap dalam industri maklumat yang begitu pantas berkembang, bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.

 

Penceramah juga turut berkongsi pandangan beliau mengenai trend semasa khususnya dalam pekerjaan dan memahami pelbagai konsep yang perlu difahami sejelasnya seperti ‘big data’, ‘internet of things (IOT)’ dan ‘data science’.

Antara yang hadir pada sesi ini adalah para pustakawan, wakli-wakil dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan juga para akademia.

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions