Print

FRIT – Perpustakaan UniSZA teruskan kolaborasi ‘Singgah Seni’

Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) sekali lagi berkolaborasi dengan Perpustakaan UniSZA  dalam mempromosi karya-karya pelajar Rekabentuk Perindustrian. Kolaborasi ini diteruskan menerusi pameran Singgah Seni 5.0 2018 yang diadakan di Perpustakaan UniSZA. Sememangnya program Singgah Seni merupakan suatu pameran yang menonjolkan kesenian hasil kerja pelajar yang dianjurkan oleh seramai 198 pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari FRIT.

Pameran ini juga diadakan untuk pensyarah membuat penilaian terhadap hasil kerja bagi memenuhi keperluan program. 

Pelbagai hasil seni pelajar dipamerkan pada kali ini. Karya-karya yang dipamerkan merupakan tugasan yang telah diberikan dalam beberapa kursus yang dipelajari oleh para pelajar FRIT. Pelajar-pelajar ini telah mendapat panduan dan tunjuk ajar daripada pensyarah mereka iaitu, Dr. Ruwaidy bin Mat Rasul dan Prof. Madya Dr. Abdullah Sani bin Kamaluddin.

Selain itu, pameran ini dapat melahirkan graduan yang berkaliber serta berbakat dalam membina kemajuan diri di samping dapat melentur bakat sedia ada serta kebolehan para pelajar dengan memajukan universiti seperti lukisan mural sebagai tanda tarikan kepada komuniti luar. Ini juga dapat mempromosi nama UniSZA di seluruh negara.

Pameran berlangsung bermula 23 – 27 Disember 2018 di Atrium Perpustakaan UniSZA.

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                 CONTACT US
           
Open source productions