Cetak

Pelajar, guru SM Imtiaz lawat Perpustakaan UniSZA Kampus Perubatan

 

Warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang yang terdiri daripada lebih 60 orang pelajar dan dan empat orang guru melawat ke Perpustakaan UniSZA sempena Lawatan Berinformasi ke Kampus Perubatan pada 25 Julai 2018 lalu. Rombongan telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA di samping turut diberikan taklimat ringkas mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Lawatan ini juga dapat memberikan pengalaman baru kepada para pelajar dan membuka minda mereka mengenai pengurusan perpustakaan dan suasana pembelajaran di universiti khususnya dalam bidang perubatan.

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 25 JULAI 2018

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions