Cetak

Perpustakaan UniSZA praktis perkongsian ilmu, kepakaran bersama warga SKKGB

Program khidmat masyarakat Perpustakaan UniSZA bersama Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB) yang diadakan pada 5 Mei 2018 di Pusat Sumber Sekolah (PSS) tersebut menunjukkan bahawa pentingnya amalan perkongsian ilmu dipraktiskan dalam usaha memastikan ilmu serta kepakaran berkaitan pengurusan perpustakaan dapat dimanfaatkan serta disebarluas ke segenap lapisan masyarakat.

 

Program yang melibatkan seramai enam orang staf Perpustakaan UniSZA termasuk dua orang pelajar latihan industri ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak, malahan turut menggalakkan kerjasama yang lebih padu serta kukuh dalam memartabatkan pengurusan ilmu dengan lebih efisyen khususnya di sekolah.

 

PSS SKKGB juga menggunakan sistem Aplikasi Pusat Sumber Sekolah (APPS) yang telah dibangunkan oleh Perpustakaan UniSZA dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

Usaha membantu komuniti ini turut disertai seramai 17 orang pelajar UniSZA. Antara pengisian yang dijalankan ialah percetakan dan penampalan spine label, penyusunan bahan, kemasukan data pelajar dan kerja-kerja mengecat bangunan. Para pelajar juga diberi pendedahan lebih mendalam mengenai pengurusan perpustakaan khususnya dalam pengorganisasian bahan-bahan rujukan di PSS. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti ini akan mempromosikan UniSZA kepada masyarakat dalam menilai kemenjadian pelajar-pelajar UniSZA dari segenap aspek. Pelajar juga dapat mempertingkat ilmu dan kemahiran selain memberi nilai tambah kepada mereka. 

 

Mereka berkampung di program tersebut seawal jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Turut hadir Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Hajah Rohani Othman,Guru Besar SKKGB, Puan Shumaisah Abd Ghani, dan Guru Perpustakaan Media SKKGB, Puan Khatijah Mohamad.

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 5 MEI 2018

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions