Cetak

Perpustakaan UniSZA terima Kunjungan Panel Penilai MQA

         

Bersempena dengan Lawatan Audit Verifikasi Pematuhan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) untuk semua program bagi Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai lima panel penilai dan pegawai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 24 April 2018. Sesi lawatan selama sejam bermula jam 9 pagi ini dijalankan dalam memastikan penilaian akreditasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta menerima pengiktirafan yang baik dari pihak MQA.

 

Turut mengiringi panel penilai tersebut adalah Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman dan para pustakawan.

      

 BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 25 APRIL 2018

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions