Cetak

‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ Warnai Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2018 di Perpustakaan UniSZA

    

Program ‘Jom Baca Untuk 10 Minit’ mewarnai sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2018 pada 24 April 2018 di Perpustakaan UniSZA melibatkan penyertaan daripada staf, pensyarah dan pelajar-pelajar UniSZA.   

Dalam program ini, mereka digalakkan untuk membaca bahan-bahan yang sesuai untuk 10 minit, bermula jam 11.00 pagi, tidak kira di mana sahaja mereka berada. Program ini melibatkan bukan sahaja mereka yang berada di Kampus Gong Badak, tetapi juga warga UniSZA di Kampus Perubatan dan Besut. 

    

Di samping memeriahkan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2018, program ini   bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. Malahan, ia juga merupakan suatu usaha untuk membuka mata masyarakat dalam mewujudkan kesedaran kepada mereka mengenai dunia membaca dan dunia penerbitan buku, serta kepentingan hak cipta.

Pengisytiharan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April setiap tahun merupakan suatu resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 November 1995.

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia juga dilihat mampu menjadi medium dalam menarik minat masyarakat supaya lebih mengenali karya–karya atau bahan bacaan yang menarik serta bermutu selain suatu usaha bagi memartabatkan buku sebagai sumber pengetahuan utama di dunia.

     

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 25 APRIL 2018

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions