Cetak

Selami Kisah Menarik 25 Nabi Dan Rasul Di Perpustakaan UniSZA

Beriman kepada para Nabi dan Rasul merupakan salah satu Rukun Iman sebagaimana firman Allah:

 

“Katakanlah (hai orang-orang mukmin), kami beriman kepada Allah dan apa saja yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub, dan anak cucunya, dan apa saja yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi- Nabi dari TuhanNya. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri.”

   

Para Nabi merupakan orang yang diberi wahyu iaitu ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri. Manakala Rasul adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.

Namun demikian, tidak dapat dipastikan jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkan lebih kurang 100,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 300 orang. Namun sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, umat Islam harus beriman kepada 25 orang Rasul.

Nabi Muhammad SAW adalah rasul dan nabi terakhir yang ditugaskan untuk menyampaikan ajaran Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda hingga tibanya hari kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang-orang Islam yang menjadi pengikutnya.

Allah SWT telah melebihkan darjat dan keutamaan Nabi Muhammad SAW di atas para Nabi dan Rasul yang lain. Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia dan jin, sedangkan para Nabi sebelum baginda diutus hanya kepada umat mereka sahaja.

Informasi tersebut adalah antara kisah-kisah menarik yang harus diterokai oleh seluruh warga UniSZA khususnya umat Islam di pameran ‘Menelesuri Detik Insan Teragung’ yang sedang berlangsung di Atrium Perpustakaan UniSZA bermula 1 Februari  sehingga 31 Mac 2018.

 

 

Pameran yang diadakan dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu ini mempamerkan pelbagai kisah menarik mengenai 25 Nabi dan Rasul untuk diselami dan dihayati.

Selain itu, kita juga dapat menambah ilmu mengenai kisah-kisah dan fakta yang mungkin jarang sekali dapat kita baca dan dengar mengenai para nabi dan rasul ini.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 5 FEBRUARI 2018

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions