Cetak

Perpustakaan UniSZA beri pendedahan penggunaan alat pemadam api

Menyedari kepentingan memberi pendedahan awal, terutama mengendalikan isu musibah kebakaran, Perpustakaan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Keselamatan UniSZA  menganjurkan sesi Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api pada 12 Februari 2018 yang lalu.

Latihan ini adalah penting bagi memberi pendedahan tentang kaedah pemadaman api yang betul serta melatih staf sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran kecil di perpustakaan. Ini juga merupakan langkah utama yang perlu diketahui serta dititikberatkan oleh staf sebelum pasukan Emergency Response Team (ERT) tiba di lokasi kejadian.

Latihan ini disertai oleh lebih 30 orang warga Perpustakaan UniSZA dan diadakan di perkarangan Dewan Kuliah Utama, UniSZA.

Penolong Pegawai Keselamatan UniSZA, Tuan Mohammad Rizal bin Mohammad Mahir memberikan taklimat dan kemudian Tuan Mohd Annas bin Ibrahim membuat demonstrasi penggunaan alat tersebut. Sesi tersebut juga banyak menekankan berkaitan jenis pemadam api dan cara menggunakan alat tersebut sekiranya terjadi kebakaran.

 

Sesi yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9.30 pagi turut dibantu oleh beberapa ahli pasukan ERT yang lain.

Pegawai Keselamatan UniSZA, Tuan Muhammad Nafis bin Mohd Noor turut hadir pada sesi tersebut.

 

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 13 FEBRUARI 2018

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions