Cetak

Pameran ‘Singgah Seni 4.0’ bertandang lagi Perpustakaan UniSZA

Dalam mempromosi karya-karya pelajar Rekabentuk Perindustrian, pameran Singgah Seni 4.0 diadakan sekali lagi di Perpustakaan UniSZA. Singgah Seni merupakan suatu pameran kesenian hasil kerja pelajar yang dianjurkan oleh seramai 155 pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dengan kerjasama Perpustakaan UniSZA.

Pameran ini juga diadakan untuk pensyarah membuat penilaian terhadap hasil kerja bagi memenuhi keperluan program. 

Pelbagai variasi dan kepelbagaian hasil seni pada kali ini dipamerkan dengan mengetengahkan pelbagai lukisan dan fotografi. Karya-karya yang dipamerkan merupakan tugasan yang telah diberikan dalam beberapa kursus yang diajar oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sani bin Kamaluddin, pensyarah FRIT.

Selain itu, pameran ini dapat melahirkan graduan yang berkaliber serta berbakat dalam membina kemajuan diri di samping dapat melentur bakat sedia ada serta kebolehan para pelajar dengan memajukan universiti seperti lukisan mural sebagai tanda tarikan kepada komuniti luar. Ini juga dapat mempromosi nama UniSZA di seluruh negara.

Pameran berlangsung bermula 21 – 26 Disember 2017 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah, Dr. Siti Maryam binti Sharun. 

 

 

 

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 27 DISEMBER 2017

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions