Print

Forum ‘Santai Janji Sampai’ tarik perhatian pelajar, pensyarah

Forum bertajuk ‘Santai Janji Sampai’ yang disampaikan oleh tiga orang ahli panel dengan moderator Dr. Mohd Shahril Othman menyaksikan penglibatan ramai pelajar dan pensyarah UniSZA. Perkongsian ilmu oleh Ustaz Mohd Shahrizal Nasir dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Dr Mohd Sani Ismail (Fakulti Pengajian Kontemporari Islam) dan saudara Muhammad Ammar Rafiq Ruslan (Majlis Perwakilan Pelajar) yang berlangsung selama lebih satu jam ini penuh dengan pelbagai intipati serta pengalaman yang menarik untuk dihayati bersama.

  

Walaupun diadakan secara santai, tetapi padat dengan pelbagai pesanan serta ilmu yang dititipkan sebagai panduan kepada kita. Selain itu, mereka juga turut mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing bersama para pelajar dan pensyarah yang hadir.

Usai forum, turut diadakan cabutan bertuah untuk mereka yang hadir. Minggu Perpustakaan 2017 berlangsung pada 12 November 2017 hingga 16 November 2017.

  

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                 CONTACT US
           
Open source productions