Print

Pustakawan kongsi ilmu dalam Bengkel Hands-On Tools Sokongan Penyelidikan

Pengurusan artikel penyelidikan yang teratur dan berkualiti merupakan suatu ilmu yang penting dan perlu dikuasai oleh para pelajar khususnya pelajar siswazah bagi memastikan mereka dapat menghasilkan tesis yang berkualiti. Itu antara objektif Bengkel Hands-On Tools Sokongan Penyelidikan yang dianjurkan oleh Perpustakaan UniSZA pada 30 Ogos 2017. Program berlangsung di Makmal Komputer Tertutup, Perpustakaan UniSZA.

Dalam hal ini, Perpustakaan UniSZA mengambil pendekatan untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar dengan mengadakan program tersebut  yang melibatkan seramai 25 orang peserta terdiri daripada pelajar siswazah. Bengkel ini juga dapat membantu memantapkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah penyelidikan selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Program tersebut telah memberi penekanan kepada Hands-On Perisian Mendeley dan Zero Draft of Thesis (ZDOT) yang telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator, iaitu Encik Syaiful Hisyam Saleh dan Puan Norhazura Yunus.

Selain itu, bengkel ini diharapkan dapat memperluaskan aktiviti dan kualiti penyelidikan serta memperkasakan keupayaan penerbitan dalam kalangan pelajar. Ini juga merupakan suatu kaedah yang diaplikasikan oleh pustakawan dalam memainkan peranan serta tanggungjawab di samping menyumbang kepada kemajuan akademik dan penyelidikan yang semakin mencabar.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pustakawan, UniSZA, Puan Hajah Faridah Muda, yang menyampaikan sijil kepada peserta.

                 

             

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                 CONTACT US
           
Open source productions